Lose weight easily. Shape your body naturally  
 
  Health News - New! 03/29/2024 11:39am (UTC)
   
 

Pay using your credit card - finally! ~
Herbalife-Online on 02/29/2008 at 6:36am (UTC)
 Dear all customers and viewers :)

We are glad to inform that Herbalife-Online now accept credit card as payment to your order. But there will be extra charges of about 5% for reasons.. Beside that, shipment will only start ONCE your payment is received and confirmed by Herbalife-Online.

We are now in effort to update our website. Please be patient if you found something funny during page viewing :)

Any question about payment and promotion, kindly email us at get.herbalifeonline@gmail.com or contact 6019-394-0041

Cheersss ~
 

Price Adjustment Announcement
Herbalife-Online on 02/18/2008 at 2:54am (UTC)
 Dearest all,

Although we always want to give best price for our customer, but with regard to the latest announcement by Herbalife Malaysia, some products however is having an average of 2% increase in price...

Please follow the link to see the details.
http://www.herbalifeww.com/my/pdf/News_More_Info_Items/Price_Adjustment_2008.pdf

But, promotion as it's name is always promotion.. February Couple Special Promotion is still running. Enquire now :)
 

Jaga berat badan, aduhai orang Malaysia!
JESWAN KAUR -http://www.mstar.com.my on 01/30/2008 at 7:56am (UTC)
 KUALA LUMPUR: Warga Malaysia seharusnya berasa bimbang, jika tidak berasa malu, dengan rintihan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang kerajaan tidak boleh menjaga kesihatan setiap orang.

Warga Malaysia sendiri perlu menjaga kesihatan masing-masing dan kata kunci di sini ialah disiplin diri. Malangnya ini bukan satu sifat peribadi yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia.

Keluhan Dr Chua adalah susulan kepada laporan yang menunjukkan Malaysia sebagai negara dengan bilangan terbesar golongan obes di rantau Asia, iaitu 25 peratus daripada penduduknya.

Bukan setakat itu sahaja bilangan mereka yang gemuk di Malaysia melampaui bilangan di Jerman dan Perancis. Selain itu bilangan mereka yang obes telah berganda sejak 10 tahun yang lepas.

Adakah ia satu kes Malaysia Boleh? Ya, tetapi bagi tujuan yang bermanfaat.

Menurut Dr Chua, jika rakyat Malaysia tidak membetulkan tabiat makan tanpa had mereka, negara akan menghadapi "epidemik" penyakit-penyakit yang berkaitan dengan berat badan dalam dekad akan datang.

Daripada penduduk seramai 26 juta orang, enam juta warga dewasa mempunyai berat badan berlebihan dan dianggap sebagai obes. Dan tahap obesiti di kalangan warga dewasa meningkat tiga kali ganda dalam tempoh kurang daripada 10 tahun, meningkat daripada 4.4 peratus pada 1996 hingga 12.2 peratus pada 2003.

Sebab untuk bimbang
Satu tinjauan yang dijalankan oleh penyelidik pasaran TNS Asiapanel pada tahun lepas mendedahkan yang 38 peratus daripada suri rumah Malaysia mengalami berat badan berlebihan, yang tertinggi di kalangan lima negara Asia termasuk Taiwan, Thailand, Vietnam dan Korea Selatan.

Menangani obesiti merupakan keutamaan kerana jika ia dibiarkan tanpa terkawal ia boleh membawa kepada penyakit-penyakit kronik yang lain seperti diabetes, strok, sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan pundi hempedu.

Diabetes, strok dan penyakit-penyakit gaya hidup lain lebih baik dicegah kerana mahal untuk merawatnya. Menurut Dr Chua, lebih satu juta warga Malaysia menghidap diabetes sementara bilangan pesakit yang dimasukkan ke wad-wad hospital kerajaan oleh kerana komplikasi diabetes telah meningkat 100 peratus daripada 21,872 orang pada 1995 kepada 41,375 orang pada 2005.

Kementerian juga memberi amaran yang berjuta-juta rakyat Malaysia di bawah umur 40 boleh mengalami penyakit-penyakit kronik dan strok, khasnya kerana amalan pemakanan tidak sihat, tabiat merokok dan gaya hidup yang mengehadkan pergerakan mereka.

Lebih kurang 2.3 juta perokok dan 8.4 juta orang yang mengelakkan senaman menghadapi risiko segera daripada diabetes, darah tinggi, strok dan penyakit jantung.

Terdapat lebih banyak lagi statistik -- lebih daripada 10,000 warga Malaysia meninggal dunia setiap tahun kerana sakit jantung dan kegagalan buah pinggang. Tiga juta mengalami kolesterol tinggi sementara 2.1 juta lagi menghidap diabetes. Dan setiap hari, 110 warga Malaysia diserang strok, pembunuh ketiga di negara ini selepas barah dan sakit jantung.

Lebih 40,000 kes baru barah dilaporkan setiap tahun. Apa lagi, hanya enam daripada setiap 100 orang dapat mengawal tekanan darah mereka.

Alasan utama di sebalik angka-angka penyakit yang terus meningkat ini ialah sikap "hidup untuk makan" dan tidak hiraukan senaman.

Senaman atau teh tarik?
Sampai bilakah rakyat Malaysia akan terus mengabaikan kesihatan mereka dan mendera tubuh mereka hanya kerana mahu memuaskan selera mereka.

Pelbagai kempen kesihatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan tidak banyak menunjukkan kejayaan dalam menangani masalah warga Malaysia yang obes. Nampaknya warga Malaysia sanggup berbuat apa sahaja untuk menikmati teh tarik dan nasi lemak mereka, sehinggakan mereka mengetepikan diet dan senaman.

Di sebalik melakukan senaman, rakyat Malaysia lebih rela duduk di kedai atau warung mamak dan menghirup teh, dan itupun pada bila-bila masa sepanjang hari.

Malangnya, apabila memilih antara senaman dan teh tarik panas, ramai akan memilih minuman itu. Senaman sering diketepikan dan dilupakan. Hanya apabila pemeriksaan doktor mendedahkan mereka mengalami kolesterol yang tinggi, yang boleh mengganggu kesihatan jantung, baru mereka mula berfikir.

Ada kalanya, sedikit "paksaan" boleh membantu. Sebagai contoh, majikan boleh mewajibkan senaman sebelum mula kerja. Jika tidak, tiada harapan untuk melihat mereka, khasnya golongan muda, melakukan senaman dan menjalani gaya hidup sihat.

Sayangilah tubuh sendiri
Tiada siapa yang dilarang daripada mengisi perut mereka tetapi pada masa yang sama otot tubuh juga tidak boleh dilupakan. Malaysia, seperti yang diketahui, adalah syurga makanan tetapi demi kesihatan tubuh sila kurangkan sedikit makanan goreng yang kaya dengan kolesterol dan lemak.

Dan gaya hidup sihat juga memerlukan sedikit masa untuk memikirkan apa yang kita telah lakukan selama ini dan yang akan kita lakukan. Yang lebih penting ialah untuk sentiasa ingat yang kita makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan -- dan ini memerlukan disiplin! BERNAMA
 

<-Back

 1 

Continue->

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
You are visitor number 20368 visitors (31037 hits) on this site!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free